Sunday, January 3, 2010

Merinduimu...

Dah pukul 3.11 pg..tp nape ntah susah nak pejamkan mata. Pejam shj terbayang wajah abah. Terusku panjatkan doa semoga abah tenang di sana dan diampunkan segala dosa abah. Betapa kehilanganmu amat dirasai. Mengimbau nostalgia lama betapa tegasnya abah mendidik anak2 abah...mmg anak pompuan susah nk jaga. Ada sebabnya abah terlalu tegas bab2 pergaulan dgn lelaki. Abah mmg tak suka kami terlalu bebas... Abah pernah kurung ceq ngan k.ana kt luar sbb balik lambat...puas kami ketuk pintu. Abah x bagi mak bukak. Last2 terpaksa lar tido kt luaq... menangis2 kami berdua... Abah tetap x lembut hati. Nasib jiran sbelah balik...nampak kami tidoq kt luar. Selamatlah dpt tidoq kt rumah jiran. Lepas tu dh tak berani balik lewat2 malam. Ceq pernah buat abah menangis dulu... Masa tu ceq ikutkan hati. Rasa diri ceq ja yang btui...semua org tak paham ceq. Tapi ceq sbenarnya silap... Dapat msg dr Abah:" Abah dah on da way mai KL. Malam tu jugak abah ngan mak bertolak. Semuanya gara2 aku lari dr rumah k.ana. Pagi tu aku jumpa Abah ngan mak kat kedai makan kat area Gombak. Abah menangis...lgsung tak bleh berkata2. Mak pujuk ajak balik sana...Tp disebabkan kedegilan aku..aku berkeras tak nak. Berdosanya aku masa tuh... Abah selalu cakap apa jadi pun Abah nak tgk anak Abah naik amik sijil masa Convo..Abah tak kisah class brapa pun..janji dapat sijil degree tu. Masa tu...aku dh tak der mood nak study lg. Tp aku paksakan jugak utk abah. Setiap kali nak exam aku selalu doakan aku lulus kerana smuanya aku lakukan utk Abah dan Mak. Disebabkan pengalaman2 lalu aku belajar erti hidup ini yg sebenarnya. Bergelar ibu byk menyedarkan aku. Betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Sekarang baru kusedar nilai kasihmu...Abah dan Mak. Rasanya Abah dah Mak tidak gagal mendidik kami... kesilapan kami disebabkan diri sendiri. Bertuah dikurniakan kedua ibubapa seperti Abah dan Mak.

5 comments:

  1. salam.......


    Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Cucurilah rahmat kepada awrah ini..tempatkan lah rohnya bersama-sama orang2 yang soleh..ampunkanlah segala dosa-doasnya, amin..

    ReplyDelete
  2. huhu..sedihnya...sykur kerana d kurniakan abah & mak yg sabar dgn kerenah ank2...Alahamdulillah skrg ank2 dia dh b'jaya...

    ReplyDelete
  3. AL..

    Tima kasih kerana mendoakan.

    Mira...

    Rindu sgt2 kt Abah

    ReplyDelete
  4. Jika kita boleh menarik masa silam memang terlalu banyak yang mahu kita lakukan untuk arwah orang tua kita!

    Tapi tak mungkin!;

    Sekarang pun amat payah untuk kita mengatur kehidupan anak-anak lantaran ada ketika mereka lebih bijak merancang berbanding kita!.

    Hanya Ilahi yang dapat membantu segalanya!.

    Agar Roh mereka aman di sana!

    ReplyDelete
  5. Idan..

    Btul tu... Terima kasih sudi singgah.

    Hanya yg mampu kita lakukan adalah dgn mendidik anak2 dan memberikan ilmu agama yg secukupnya. Mengharapkan mereka dpt mendoakan kita pulak nanti.

    ReplyDelete