Wednesday, January 6, 2010

Sukar mencari sahabat yg sebenar-benar sahabat

Tiba2 aku teringat pada mereka2 yg pernah hadir dan pernah menjadi sahabat2 aku. Disebabkan masing2 dh bw haluan masing2 hubungan persahabatan antara kami tidak lagi seakrab dulu. Ada beberapa org yg pernah menjadi sahabat aku...tp disebabkan masalah2 yg berlaku...hubungan sahabat itu berakhir begitu sahaja. Dan di antara kenangan paling sedih dlm hidup aku adalah kehilangan sahabatku itu. Sejak peristiwa itu, byk merubah kehidupan aku dan prinsip hidup aku. Mungkin dugaan yg Allah berikan utk menyedarkan aku bahawa keluarga yg perlu didahulukan... sedangkan selama ini aku terlalu melebih2kan sahabat drpd keluarga sendiri. Masa aku dulu byk aku hbskan bersama mereka...rumah mereka adalah rumah aku. Jarang skali aku berada di rumah masa tu... Tapi...peristiwa yg berlaku 8thn lalu masih segar dan tergiang2 di telinga ini setiap perkataan yg kau lafazkan. Yang menyebabkan hingga ke hr ni aku masih tak boleh maafkan dan hilangkan dr ingatan aku ini.

Sahabatku...
Aku masih ingat saat2 kau campakkan beg dan menghalau aku..menghina aku. Ketika aku tak punya apa2. Aku sedar aku menumpang tapi apa salah aku sbenarnya sampai tergamak kau buat aku begitu? Kau lebih percayakan org lain dr sahabat yg hidup dgn mu selama 16 thn ini. Aku sentiasa berdoa moga suatu hari kau akan dtg dan cari aku balik. Dan akhirnya pertemuan kita adalah pada hr arwah ayah aku pergi. Saat aku mendengar suaramu di telefon...aku tergamam setelah sekian lama penantian aku. Doaku dimakbulkan walaupun dalam situasi sebegini. Sekurang-kurangnya kehadiran kau dan sahabat yg sorang lg menziarahi aku..mengurangkan sedikit kesedihan aku ketika itu. Sukar untuk aku terima dan tak mungkin aku akan wujudkan kembali persahabatan itu. Aku lebih selesa seperti ini...sekurang2nya aku tak akan dikhianati lg oleh seseorang yg bernama sahabat. Cuma kenangan2 lalu sukar utk aku padamkan lg dr hidup ini.

No comments:

Post a Comment