Monday, August 10, 2009

Dede..Half Man Half Tree.


Semalam berkesempatan menonton Discovery Channel mengenai seorang lelaki Indonesia yang meghidapi penyakit misteri.Melihat keadaan Dede..tersentuh rasa hati. Terasa bersyukurnya kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan memiliki fizikal yang sempurna.Dengan nikmat yang Allah berikan ini aku masih mampu mencari rezeki dan menikmati kehidupan ini. Syukur kehadrat Allah. Tak dapat aku bayangkan jika aku diuji sedemikian. Semoga kehidupan Dede akan berubah dan pembedahan yang dilakukan berjaya.