Monday, January 11, 2010

Sedih

Hari ni aku rasa sgt sedih...pertama sedih sbb berlaku perselisihan faham td. Kedua bertambah2 kesedihan bila bukak blog yg disuggestkan oleh adik aku. Membaca blog2 itu dgn penuh penghayatan seolah2 aku yg merasai kesedihan itu. Kehilangan anak yg tersayang dgn cara begitu amat sukar utk diterima. Tapi aku percaya mereka adalah di antara insan2 yg terpilih untuk diuji sebegitu. Ya Allah tak dapat nak dibayangkan hidup aku tanpa Aiman disisi. Semoga Allah setiasa melindungi Aiman dr segala musibah dan kecelakaan. Mama sayang Aiman...

Kuakui kdg2 aku terlalu ikutkan hati...rasa berdosa sgt hr ni... Hope everything will be back to normal.

Thursday, January 7, 2010

Boring

Aku boring yg teramat sgt... dh baper hari dtg keja tp tak der keja nk di buat. Inilah manusiakan...bila tak buzy pon mgeluh...bila buzy pon mgeluh... tak reti nak bersyukur langsung.

Tetiba mood boring aku ni bertukar mjadi marah dan menyirap...

Setelah mendengar cerita adik aku terserempak dgn mak tiri a'an td... mcm mana pun mereka cuba nak pisahkan irhan dr kami tak kan boleh. Darah yg mengalir dr Irhan tu darah k.ana. Kenapa mereka nk kawal irhan sgt...mak tu opah irhan kami smua ni mak sedara dia...bukan kami nak amik dia pon..cuma nak kongsi kasih sayang ngan dia shj. Cubalah paham... abg ipar aku pun...ntahlar... sapa yg telah racun fikiran dia...apa yg dia dengar x tau lar..sampaikan tak bagi langsung irhan ngan kami.

Apapun terjadi...moga suatu hr Irhan akan sedar yg kami smua sayangkan dia...

Wednesday, January 6, 2010

Sukar mencari sahabat yg sebenar-benar sahabat

Tiba2 aku teringat pada mereka2 yg pernah hadir dan pernah menjadi sahabat2 aku. Disebabkan masing2 dh bw haluan masing2 hubungan persahabatan antara kami tidak lagi seakrab dulu. Ada beberapa org yg pernah menjadi sahabat aku...tp disebabkan masalah2 yg berlaku...hubungan sahabat itu berakhir begitu sahaja. Dan di antara kenangan paling sedih dlm hidup aku adalah kehilangan sahabatku itu. Sejak peristiwa itu, byk merubah kehidupan aku dan prinsip hidup aku. Mungkin dugaan yg Allah berikan utk menyedarkan aku bahawa keluarga yg perlu didahulukan... sedangkan selama ini aku terlalu melebih2kan sahabat drpd keluarga sendiri. Masa aku dulu byk aku hbskan bersama mereka...rumah mereka adalah rumah aku. Jarang skali aku berada di rumah masa tu... Tapi...peristiwa yg berlaku 8thn lalu masih segar dan tergiang2 di telinga ini setiap perkataan yg kau lafazkan. Yang menyebabkan hingga ke hr ni aku masih tak boleh maafkan dan hilangkan dr ingatan aku ini.

Sahabatku...
Aku masih ingat saat2 kau campakkan beg dan menghalau aku..menghina aku. Ketika aku tak punya apa2. Aku sedar aku menumpang tapi apa salah aku sbenarnya sampai tergamak kau buat aku begitu? Kau lebih percayakan org lain dr sahabat yg hidup dgn mu selama 16 thn ini. Aku sentiasa berdoa moga suatu hari kau akan dtg dan cari aku balik. Dan akhirnya pertemuan kita adalah pada hr arwah ayah aku pergi. Saat aku mendengar suaramu di telefon...aku tergamam setelah sekian lama penantian aku. Doaku dimakbulkan walaupun dalam situasi sebegini. Sekurang-kurangnya kehadiran kau dan sahabat yg sorang lg menziarahi aku..mengurangkan sedikit kesedihan aku ketika itu. Sukar untuk aku terima dan tak mungkin aku akan wujudkan kembali persahabatan itu. Aku lebih selesa seperti ini...sekurang2nya aku tak akan dikhianati lg oleh seseorang yg bernama sahabat. Cuma kenangan2 lalu sukar utk aku padamkan lg dr hidup ini.

Sunday, January 3, 2010

Merinduimu...

Dah pukul 3.11 pg..tp nape ntah susah nak pejamkan mata. Pejam shj terbayang wajah abah. Terusku panjatkan doa semoga abah tenang di sana dan diampunkan segala dosa abah. Betapa kehilanganmu amat dirasai. Mengimbau nostalgia lama betapa tegasnya abah mendidik anak2 abah...mmg anak pompuan susah nk jaga. Ada sebabnya abah terlalu tegas bab2 pergaulan dgn lelaki. Abah mmg tak suka kami terlalu bebas... Abah pernah kurung ceq ngan k.ana kt luar sbb balik lambat...puas kami ketuk pintu. Abah x bagi mak bukak. Last2 terpaksa lar tido kt luaq... menangis2 kami berdua... Abah tetap x lembut hati. Nasib jiran sbelah balik...nampak kami tidoq kt luar. Selamatlah dpt tidoq kt rumah jiran. Lepas tu dh tak berani balik lewat2 malam. Ceq pernah buat abah menangis dulu... Masa tu ceq ikutkan hati. Rasa diri ceq ja yang btui...semua org tak paham ceq. Tapi ceq sbenarnya silap... Dapat msg dr Abah:" Abah dah on da way mai KL. Malam tu jugak abah ngan mak bertolak. Semuanya gara2 aku lari dr rumah k.ana. Pagi tu aku jumpa Abah ngan mak kat kedai makan kat area Gombak. Abah menangis...lgsung tak bleh berkata2. Mak pujuk ajak balik sana...Tp disebabkan kedegilan aku..aku berkeras tak nak. Berdosanya aku masa tuh... Abah selalu cakap apa jadi pun Abah nak tgk anak Abah naik amik sijil masa Convo..Abah tak kisah class brapa pun..janji dapat sijil degree tu. Masa tu...aku dh tak der mood nak study lg. Tp aku paksakan jugak utk abah. Setiap kali nak exam aku selalu doakan aku lulus kerana smuanya aku lakukan utk Abah dan Mak. Disebabkan pengalaman2 lalu aku belajar erti hidup ini yg sebenarnya. Bergelar ibu byk menyedarkan aku. Betapa kuatnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Sekarang baru kusedar nilai kasihmu...Abah dan Mak. Rasanya Abah dah Mak tidak gagal mendidik kami... kesilapan kami disebabkan diri sendiri. Bertuah dikurniakan kedua ibubapa seperti Abah dan Mak.