Tuesday, December 15, 2009

Kenapa perlunya membaca Al-Qur'an sedangkan tak tahu maknanya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.

Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”



4 comments:

  1. Alhamdulillah...

    Akhirnya kakak aku nie rajin jg update blog..
    hehe

    ReplyDelete
  2. salam..kak,

    cerita yang sarat denagn pengajaran, semoga Allah swt memberi ganjaran pahala pada kak kerana menyiarkan entri ini..amin.

    kak,

    saya setiap pagi jumaat selalu memberi tazkirah kepada anak-anak murid saya, termasuk cerita yang buat entri ini.sangat bagus dan sangat berkesan.Budak2 pun mudah faham...

    kak,

    Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya.

    Tanya lelaki itu "Siapa kamu?" Jawab mahkluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam.

    " Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut..

    Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata

    "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan2 ini?"

    Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

    Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibubapa yang membesarkan kita.

    Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari....

    moga allah memberkati kak.

    ReplyDelete
  3. Mira,

    Aku x pandai nak mengarang. Ader citer best..copy paste jerk! hu!hu!

    AL,

    Terima kasih. Bila membaca Al-Quran terasa tenang jiwa ini. Byk yg dpt dipelajari dan dijadikan petunjuk dlm meneruskan kehidupan ini. Terasa sia2 jer hidup kalo x dpt khatam Al-Quran.

    ReplyDelete
  4. salam..

    entri tu, kan kira mengarang la..
    cete apa kak?
    bagitahu la..

    ReplyDelete