Tuesday, December 29, 2009

Selamat Tinggal 2009

2009 bakal melabuhkan tirainya dan banyak suka duka yg berlaku di tahun ini. Paling menyedihkan adalah kehilangan abah tersayang pada 22hb Julai. Masih terbayang riak kegembiraan di wajah abah ketika naik ke Genting. Pertama kali rasanya berjalan2 ngan mak dan abah. Raut wajahnya yang keletihan tapi nampak digagahkan juga. Abah yang kukenali tidak pernah berkira soal duit..tak pernah sekali2 dia mengungkit. Muka dia yang garang tapi penuh dengan kesabaran. Berkali2 diingatkan supaya kami menjaga hati mak. Abah selalu berpesan " Kalau tak ingat abah tak apa..tapi ingat jasa mak. Jangan gaduh adik-beradik". Panggilan telefon dari Comel pukul 4 pagi merubah segala-galanya dalam hidup aku. Bagai direntap separuh nyawa aku... Selama ini abah tempat aku mengadu, memberi pendapat..sekarang abah dah tak ada. Terkilan rasanya sebab tak telefon abah..last telefon 3 hari sebelum abah pergi. Sebabnya aku merasakan abah dah sihat. Melihat wajah arwah yang putih berseri..tenang rasa hati. Anakmu ini hanya mampu berdoa agar diampunkan dosa2 abah dan dijauhkan dari azab kubur dan neraka. Semoga abah tenang di sana. Doa yang mampu kami balas sebab di dunia kami tak sempat nak berikan kesenangan pada abah.
Diuji lagi kesabaran aku selepas abah pergi. Aiman pulak tiba2 demam panas yang tak kebah2. Aku takut sgt nak bawa Aiman ke hospital sebab tak sanggup tengok dia di cucuk dengan jarum. Tapi setelah melihat condition dia yg tak berubah hampir 2 minggu terpaksa ku bawa juga Aiman ke hospital. Berkampunglar aku di hospital selama seminggu..Ramadhan tahun ni sungguh menguji kesabaran aku. Alhamdullillah Aiman dah kembali pulih. Biler dengar dia dh boleh menyanyi..hilang segala penat menjaga dia. Semoga Aiman akan terus sihat.
Dugaan yang paling menyedihkan bila sedara sendiri sanggup menburuk2an arwah abah semata2 ingin mengambil $$$ yang bukan hak dia. Sungguh sampai bila2 aku tak akan meredhainya... dan sejak kes itu anggaplah kami sekeluarga bukan lagi ada pertalian saudara. Susah untuk maafkan hanya masa yang bakal menentukan.
Aku berdoa semoga tahun baru 2010 memberi sinar baru dalam hidupku sekeluarga. Semoga dilimpahkan rezeki dariMu.. Ya Allah. Diberikan ketabahan menempuhi hidup dan ujian yang bakal mendatang

Wednesday, December 23, 2009

Serba salah dibuatnya...

Dalam hidup ni susah nak puaskan hati smua orang. Terkadang kita tak mampu nk ikut kehendak semua. Aku hanya boleh buat sekadar yg termampu. Mcm mana aku nk menangani perkara ni pun aku x pasti. Berterus-terang nanti kecik ati plak. Berdosa plak aku. w/pun suami bukan dibesarkan dan dijaga.. tp dia yg melahirkan. Serba salah..nak diikutkan kehendak dia..aku x mampu. Ermmm..pening2.. dan serabut.

Wednesday, December 16, 2009

Kehilangan satu keperitan...

Kehilangan orang yang kita sayang memang amat memedihkan. Hakikat kehidupan ini yang perlu kita semua telan. Yang hidup pasti akan mati. Cuma lambat atau cepat semuanya bergantung pada ketetapan dari Allah S.W.T. Sukar untuk kita terima tapi kita perlu redha. Buat Ayu...semoga roh ibumu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Dan semoga Ayu sekeluarga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa ibu tersayang.

Al-Fatihah buat arwah ibu Ayu yang baru saja menghembuskan nafas terakhir pada hari ini.

Solat dan Lima Jenis Manusia

Sudah lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita. Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Terdapat beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

  • Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

  • Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

  • Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Malah masih lagi boleh memikirkan bagaimana untuk memburukkan orang lain (mengumpat,menjaja cerita yg tidak betul,memfitnah).

Golongan ini tidak akan rasa senang dengan kesenangan orang lain sehingga boleh membuatkan dia tidak khusyuk dalam solatnya. Namun golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan) , dia akan berjaya dalam solat.

  • Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

  • Jenis Kelima


Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

Anak Yang Soleh

Petikan dari kisah Nabi Allah Musa Alaihissalam. . mengenai anak yang soleh… Untuk renungan bersama :-

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu
juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"...
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga
Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi
itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian di hantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?"
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa."Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka
diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami
naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S..W.T.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan DOANYA supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Tuesday, December 15, 2009

Kenapa perlunya membaca Al-Qur'an sedangkan tak tahu maknanya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.

Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

“Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”



Sunday, December 13, 2009

Bagi yang masih ada kedua ibu bapa....

Cerita ni di petik dari MOH cube...

Salam kepada semua,
System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis.
Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting
happened to me last nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje.
Tgh duk lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih.
Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk
kerajaan Sarawak . Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz
kitorg dorang je yg ada kat floor nih.

Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa. Then suddenly dia
tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala
sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or
mintak duit ker...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku
kata la ada... bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat
bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg
finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana
channel yg sepatutnya).

Then dia tanya lagik.
Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak. Dia pon cakap kenapa tak and
aku pon explain la why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama
u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka...
Saya sbg bapak aaa,
bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain."
aku pon dengar jer la... then
mata dia berair... Dia kata bila anak
dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!"

Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa,
bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..."
Aku pon teros tingat kat bapak aku. Though dia masih ada and
still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit
direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis
bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik
duit kat aku masa aku belajar. Skrg aku dah keje dan dia tak,
kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia.

Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tgk
kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi
kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy. Saya
mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya
nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido. U ada
wang, u kasik la sama u punya bapak direk. Nanti u tgk apa dia rasa.
Tada-tada wang, 50 suda cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb tingat kan kesilapan aku
dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sinih.

Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita.
Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna.

Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya.
Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri
rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.